Tuesday, January 26, 2010

Aurora oh Aurora

aurora oh aurora
pentingkah kamu itu
kenapa aku terpegun?
aurora oh aurora
selalu disanjungi
pernah ditanya mengapa?
ku tatap, berseri, berwarna hijau
yang menawan sanubari

walaupun jauh
kamu dekat di hati
pandanganku menanti mu
aurora
kamu memberi
kembali mencari

aurora oh aurora
dari manakah kamu
kekal kamu sungguh jauh
aurora oh aurora
tidak ada bunyi mu
sanggup aku tetap menunggu
terdiam kerana berwarna ungu
ku putuskan biar bisu

walaupun jauh
kamu dekat di hati
pandanganku menanti mu
aurora
kamu memberi
kembali mencari

malam ini
aku sendiri
menumpu langit sambil berkata
gembira kamu disana
ku lihat, tersenyum, berwarna merah
ku tau kau kan tamat

3 comments:

xanda said...

Aurora of http://www.mycert.org.my/en/services/advisories/mycert/2010/main/detail/724/index.html

Unknown said...

ni cam lagu jerk wan oiii..

example010 said...

wah.. en xanda memahami ye.. pian, itulah ia.. yg encik xanda maksudkan tu..